Monday, September 22, 2008

Panduan Cegah Pecah Rumah


Sekiranya anda bercadang bercuti panjang semasa Perayaan Hari Raya Aidilfitri ini , pastikan rumah anda selamat untuk ditinggalkan. Gaya hidup kini yang mementingkan `privacy' menggalakkan pecah rumah kerana saling tidak mengenal jiran.

Berikut 11 panduan mungkin dapat membantu anda mencegah kegiatan jenayah ini.

1. Sebelum meninggalkan rumah, pastikan semua pintu, tingkap dan jeriji dikunci.

2. Jika anda tinggal di rumah bandar atau bertangga khas menuju ke rumah anda, pastikan pagar ke rumah anda berkunci. Jika di dalam rumah anda memasang pagar (bertujuan mengelakkan anak kecil turun naik tangga), tangga ini pun sebaiknya dikunci juga.

3. Berbaik dan bergaul dengan jiran. Beritahu jiran bahawa anda tiada di rumah.

4. Sertai kegiatan sukarelawan atau Rukun Tetangga di kawasan perumahan anda yang membuat rondaan pada waktu malam.

5. Pasangkan lampu halaman atau lampu keselamatan untuk mengelirukan pencuri.

6. Berikan kunci pendua kepada kawan atau jiran yang dipercayai. Minta bantuan mereka menjenguk rumah sepanjang ketiadaan anda.

7. Batalkan langganan akhbar. Longgokan akhbar di halaman atau di pintu pagar menandakan rumah tiada penghuni .

8. Jika ada perkhidmatan rondaan pihak penguasa seperti polis, maklumkan kepada mereka bahawa rumah anda akan kosong untuk tempoh tertentu.

9. Cabut talian telefon rumah untuk mengelakkan telefon berdering. Sebaiknya sediakan peti pesanan suara tetapi jangan sekali-kali memberitahu anda tiada di rumah.

10. Simpan semua barang berharga di tempat selamat dan sebaik-baiknya sorokkan daripada pemandangan bakal penyamun.

11. Pasangkan lampu keselamatan yang boleh padam atau nyala secara automatik atau berkala; contohnya lampu taman solar (hanya menyala pada waktu malam). Ini seolah-olah menandakan anda berada di rumah.

No comments: