Thursday, September 18, 2008

5 Cara Mencari Kawan Baru


Kau berhasrat mencari sahabat baru tetapi kau tidak tahu bagaimana ingin memulakannya.? Hari ini aku ada 5 cara bagaimana kau boleh menambah senarai kawan.


1. Keluar dari rumah- Untuk berjumpa dengan orang secara bersemuka, kau perlu keluar dari rumah. Jangan jadi seorang pemalas. Pergilah ke mana-mana tempat atau ikutlah kawan sedia ada kau untuk berjumpa dengan kawannya dan mulakan kata-kata yang sedap di dengar di depan bakal kawanmu.

2. Senyum- Senyumlah kepada orang yang tidak kau kenali. Dia akan tertanya-tanya siapa kau dan itu satu permulaan yang baik untuk meneruskan agenda kau-mencari kawan baru!

3. Cakap sesuatu- Cakap sesuatu bila kau berjumpa dengan seseorang. Jangan takut kerana dia mungkin akan balas kata-kata kau dan itu adalah satu cara yang bagus untuk memulakan tujuan kau. Sekiranya tidak dibalas-kita anggap saja yang dia tidak mendengar kita (jangan mengata dia pulak).

4. Tolong seseorang- Sekiranya kau menolong seseorang, tidak mustahil orang yang ditolong menjadi kawan kau kerana kau seorang yang baik hati.

5. Kontak mata- Ini lebih kepada lelaki. Mata kau hendaklah fokus kepada mata bakal atau kawan baru kau dan sekiranya dia seorang gadis, jangan bercakap tengok dada dia. Dada dia tidak boleh bercakap jadi fokuskan pada mata mereka

No comments: